Sunday, July 24, 2011

chicken & egg situation. how do we raise our children?

excerpt from my reading from Majalah i.

tiada istilah matang segera.

kisah sebagai teladan.

William James Sidis, dibesarkan oleh bapanya yang merupakan professor dan tokoh behaviourism psychology yang begitu yakin bahawa pembiasaan merupakan kunci terpenting pendidikan.
Ketika umur enam bulan, ayahnya sudah mendedahkannya dengan huruf-huruf yang sesuai dengan susunan abjad. selepas itu dia terus dididik dengan ilmu kaji bumi, matematik dsb. hasilnya pada umur 5 tahun, william mampu menulis karya ilmiah tentang anatomi. kecerdikannya terus berkembang hingga umur 11 tahun, telah menjadi mahasiswa di universiti Harvard dan pada umur 14 tahun sudah mampu mengajar.

walau bagaimanapun , ia tidak mampu memberinya kebahagiaan. pada usia 20-an, dia telah mula melarikan diri. di katakan dia sudah mahu berhenti berfikir. bekerja sebagai pencuci pinggan dia antara pekerjaannya.

ada juga kisah-kisah yang seakan-akan seperti sufiah yusof, other child prodigy.

pembentukan 3 potensi manusia berbeza-beza. yang paling sukar adalah karakter, motivasi dan paling  mudah adalah kognitif dan keterampilan. sekiranya seseorang itu memiliki karakter yang kuat, mudah baginya untuk memperoleh kemampuan kognitif mahupun keterampilan yang tinggi. Inilah yang kita perlu perhatikan ketika anak-anak masih muda.

pencarian utama adalah pembentukan personaliti anak atau karakter yang lebih berkait dengan kualiti dalam diri. personaliti ini bermula dengann kesedaran terhadap nilai-nilai, penghayatannya dan dapat mengawasi tingkah lakunya.

penerapan dalam diri anak-anak tentang ilmu pengetahuan yang lebih diutamakan adalah tahap yang paling mudah. ini yang lebih banyak diamalkan dan menjadi kayu pengukur dalam cara pendidikan di masa kini.sedangkan personaliti diri adalah penentu kejayaan seseorang itu.

personaliti yang berkualiti.
1. kesedaran terhadap nilai
2. penyertaan, kesediaan menerapkan nilai tersebut didalam kehidupan
3. penghayatan nilai ( life style )
4. dapat mengawasi tingkah lakunya.
5. kesedaran
6. pengetahuan

sekadar pintar tidak mempengaruhi karakter. sekiranya anak sudah dapat menghayati dan menerima nilai-nilai Islam dalam diri mereka, secara sendiri nilai-nilai ini kan mempengaruhi karekter mereka. menghayati adalah sangat berbeza dengan memahami.

kemampuan menggunakan hal-hal yang telah dipelajari untuk menghadapi situasi- situasi baru dan nyata. ini bukan berkait rapat dengan keyakinan. tetapi berkait rapat dengan kecekapan untuk menerapkan apa yang telah diketahui. solat misalnya, anak boleh melakukan solat dengan baik bukan kerana dia suka dan yakin, tetapi kerana dia benar-benar memahami apa itu solat yang baik.

so whats important to be able to have excellent future khalifah is to first instill the belief and way of life with full understanding of the beauty of our lifestyle to be based upon AlQuran & Hadith, and once the character has been shaped beautifully, the rest are just a piece of cake.

lets not do it the other way around.
Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin